Merindui Kasih Ayah & Emak
Sebagai seorang anak yang sering berjauhan dengan ayah dan emak, aku sering merindui mereka. Tatkala aku melihat gambar mereka air mataku jatuh berderai dek kerana terlalu merindui kasih sayang ayah dan emak. Dari kecil sejak aku berumur 13 tahun ayah dan ibuku menempatkanku di asrama. Selama empat tahun aku berada di asrama. Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku merindui ayah dan emak. Aku sering menangis mengenangkan ayah dan ibu yang berada berjauhan. Aku rindui suara ayah dan emak yang aku kasihi,aku rindukan kasih sayang dan pelukan mereka. Aku belum puas berada disisi mereka. Ayah.. Emak.. Abg sayang sangat2 mak dan ayah. Hanya tuhan saja yang tahu betapa abg sygkan mak dan ayah. Abg tahu mak dengan ayah x pernah tengok abg menangis. Abg xtunjuk dekat mak dan ayah. Abg nangis sorang2 ja.. Ayah dan Emak adalah ibubapa yang terbaik di dunia kerana telah membesarkan abg dengan sebaik mungkin walaupun kita sering berjauhan. Pengorbanan ayah dan emak terhadap abg xkan abg lupakan sampai bila2. Tidak terbalas pengorbanan ayah dan emak yang telah berikan kepada abg.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan